Perkembangan dunia pendidikan mutakhir ini telah membawa bersama-samanya perubahan konsep PSS daripada pandangan tradisional kepada persepsi yang berbentuk baharu hasil perkembangan bidang pendidikan yang bersifat dinamik dan peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling kita.
Hal ini menuntut kita sentiasa mengambil pendekatan yang pragmatik bagi mendepani segala ledakan tersebut agar tidak ketinggalan dalam kepompong pandangan lama yang memungkinkan kita gagal dalam menghadapi gelombang perubahan yang datang melanda. Justeru, warga pendidik perlu mengubah pandangan mereka terhadap pusat sumber sekolah atau PSS dalam konteks dunia kontemporari.
PSS bukan lagi dilihat sebagai bilik empat penjuru atau bangunan khas yang berisi bahan-bahan bacaan sama ada yang berbentuk bahan buku atau bahan bukan buku, serta peralatan BBM. Konsep sebegini tidak boleh diguna pakai lagi kerana jelas menyempitkan ruang lingkup peranan PSS baik dari segi fizikal mahu pun fungsi PSS sebagai penjana generasi berilmu. PSS perlu dilihat dalam skop yang lebih luas selaras dengan peranan institusi sekolah sebagai pemangkin modal insan yang menjadi aspirasi negara dalam usaha mencapai tahap negara maju dalam bentuk acuan sendiri menjelang tahun 2020.
PSS perlu kepada penjenamaan semula agar hasrat penglahiran generasi berilmu dapat direalisasikan dalam bentuk acuan baharu, dan tidak lagi disempitkan dalam kerangka pemikiran lama yang berpendapat sumber ilmu hanya dominan di perpustakaan semata-mata. Sebaliknya, keseluruhan sekolah itu sendiri perlu dimartabatkan sebagai pusat sumber bagi mewujudkan momentum yang akan memperkasa warga sekolah ke arah masyarakat yang bermaklumat. Dengan perubahan konsep pusat sumber sekolah (PSS) yang meliputi seluruh kawasan sekolah, maka wajah PSS sebagai agensi penting dalam menyediakan pelbagai bahan, khidmat, serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu diperlihatkan dalam bentuk identiti yang baharu.
Tegasnya, PSS pada masa kini perlu berfungsi sebagai hamparan pelbagai maklumat yang diurus secara sistematis oleh kakitangan yang terlatih. Hal ini bertujuan bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti demi peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Jelasnya, perluasan mandala PSS yang meliputi seluruh kawasan sekolah adalah bertepatan sekali bagi menjadikannya sebagai pencetus budaya kecintaan terhadap ilmu dalam kalangan ahli organisasi kerana PSS perlu bertindak sebagai badan penyelaras bagi memastikan pembentukan generasi berilmu akan tercapai apabila konsep ini diterap dalam perancangan strategik sesebuah sekolah itu.

No comments:
Post a Comment