Thursday, August 5, 2010

Taklimat SPM

Pada hari ini pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Nyalas telah diberi taklimat berkaitan peningkatan prestasi pelajaran masing-masing. Tuan Pengetua memberi gambaran prestasi pelajaran dan peratusan keputusan spm smk nyalas berdasarkan Q-Net yang diterima. seterusnya pelajar-pelajar diminta meningkatkan prestasi masing-masing agar dapat menambah mutu sekolah.

Berikut ialah taklimat,saranan dan nasihat oleh guru-guru kepada para pelajar:
  • tuan pengetua menunjukkan prestasi masing-masing berdasarkan Q-Net peperiksaan pertangahan tahun.
  • taklimat diberikan sebagai pendorong agar pelajar-pelajar lebih berusaha supaya lebih maju.
  • pelajar diminta agar berusaha bagi mencapai target kelulusan sekolah pada tahun ini, iaitu 100%.
  • pelajar diminta agar dapat megubah sikap masing-masing daripada negatif ke arah yang positif.
  • pelajar haruslah bijak merebut peluang yang ada agar pelajar dapat melangkah ke arah kejayaan. contohnya kelas-kelas tambahan yang disediakan di sekolah.
  • pelajar diminta agar lebihkan usaha bagi penambahbaikan prestasi pelajaran masing-masing.
  • pelajar diminta mengamalkan adab-adab dalam menuntut ilmu.

*taklimat diakhiri dengan iringan lagu ayah sebagai pendorong pelajar-pelajar untuk lebih maju.