Saturday, July 2, 2011

Konsep PSS Kontemporari

Perkembangan dunia pendidikan mutakhir ini telah membawa bersama-samanya perubahan konsep PSS daripada pandangan tradisional kepada persepsi yang berbentuk baharu hasil perkembangan bidang pendidikan yang bersifat dinamik dan peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

Hal ini menuntut kita sentiasa mengambil pendekatan yang pragmatik bagi mendepani segala ledakan tersebut agar tidak ketinggalan dalam kepompong pandangan lama yang memungkinkan kita gagal dalam menghadapi gelombang perubahan yang datang melanda. Justeru, warga pendidik perlu mengubah pandangan mereka terhadap pusat sumber sekolah atau PSS dalam konteks dunia kontemporari.

PSS bukan lagi dilihat sebagai bilik empat penjuru atau bangunan khas yang berisi bahan-bahan bacaan sama ada yang berbentuk bahan buku atau bahan bukan buku, serta peralatan BBM. Konsep sebegini tidak boleh diguna pakai lagi kerana jelas menyempitkan ruang lingkup peranan PSS baik dari segi fizikal mahu pun fungsi PSS sebagai penjana generasi berilmu. PSS perlu dilihat dalam skop yang lebih luas selaras dengan peranan institusi sekolah sebagai pemangkin modal insan yang menjadi aspirasi negara dalam usaha mencapai tahap negara maju dalam bentuk acuan sendiri menjelang tahun 2020.

PSS perlu kepada penjenamaan semula agar hasrat penglahiran generasi berilmu dapat direalisasikan dalam bentuk acuan baharu, dan tidak lagi disempitkan dalam kerangka pemikiran lama yang berpendapat sumber ilmu hanya dominan di perpustakaan semata-mata. Sebaliknya, keseluruhan sekolah itu sendiri perlu dimartabatkan sebagai pusat sumber bagi mewujudkan momentum yang akan memperkasa warga sekolah ke arah masyarakat yang bermaklumat. Dengan perubahan konsep pusat sumber sekolah (PSS) yang meliputi seluruh kawasan sekolah, maka wajah PSS sebagai agensi penting dalam menyediakan pelbagai bahan, khidmat, serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu diperlihatkan dalam bentuk identiti yang baharu.

Tegasnya, PSS pada masa kini perlu berfungsi sebagai hamparan pelbagai maklumat yang diurus secara sistematis oleh kakitangan yang terlatih. Hal ini bertujuan bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti demi peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Jelasnya, perluasan mandala PSS yang meliputi seluruh kawasan sekolah adalah bertepatan sekali bagi menjadikannya sebagai pencetus budaya kecintaan terhadap ilmu dalam kalangan ahli organisasi kerana PSS perlu bertindak sebagai badan penyelaras bagi memastikan pembentukan generasi berilmu akan tercapai apabila konsep ini diterap dalam perancangan strategik sesebuah sekolah itu.

Kempen Banyak Membaca NILAM

      Dalam tempoh Sembilan bulan Kempen Banyak Membaca NILAM ini dirancang dan dilaksanakan, adalah diharapkan dapat mencapai maklamatnya iaitu:

1. Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti membaca bahan bacaan seperti buku, majalah atau surat khabar.
2. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.
3. Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup.
4. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk para pelajar berhimpun bagi mengisi masa terluang untuk mempertingkat pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
5. Memupuk minat membaca yang tinggi di kalangan pelajar SMK Nyalas.

PERATURAN PUSAT SUMBER SMK NYALAS

A. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Semua pelajar di sekolah ini secara automatik layak sebagai ahli perpustakaan sekolah ini.

B. PINJAMAN BUKU

Semua pelajar layak membuat pinjaman buku di perpustakaan sekolah dengan menggunakan kad keahlian.

C. TEMPOH PINJAMAN

Semua piniaman buku boleh di buat untuk tempoh 7 hari sahaja termasuk hari buku itu di pinjam. Denda sebanyak RM 0.20 sehari akan dikenakan sekiranya lewat memulangkan buku mengikut tarikh pemulangan buku.

D. PERATURAN AM.

1. Pengguna dilarang :
- membuat BISING di perpustakaan.
- membawa beg, makan dan minum di perpustakaan.
- tidak dibenarkan membawa keluar sebarang bahan milik perpustakaan tanpa  kebenaran.
- menyalahgunakan bahan-bahan milik perpustakaan serta merosakkannya.

2. Setiap penggunaan perpustakaan untuk program NILAM mesti direkodkan dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

3. Sebelum meninggalkan perpustakaan pastikan kerusi dimasukkan semula ke bawah meja dan buku atau bahan yang telah digunakan diletakkan di tempat asalnya.


E. PENGUATKUASAAN


1. Penyelaras Pusat Sumber dan guru perpustakaan berhak untuk melarang seseorang pengguna untuk menggunakan perkhidmatan di perpustakaan sekiranya didapati melanggar peraturan perpustakaan dan sekolah.

2. Pengawas PSS ( Pustakawan ) diberi kuasa untuk menguatkuasakan PERATURAN PERPUSTAKAAN.

Kenali NILAM

Assalamualaikum.
Haa...adik-adik,mesti semua sudah tahu tentang adanya program NILAM kan? Tapi sejauh mana kita kenali program ini? Mari kenali NILAM.

Pengenalan NILAM






‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
a) Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
b) Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
c) Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Senikata Lagu Nilam



Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan
Wawasan anda

Nilam program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya
Budaya kita

Bina Tabiat membaca
Matlamat Nilam kita
Ganjaran yang diberi
tidak terhingga


Jadi rakan pembaca
Juga capai jauhari
Pembaca yang bestari
Anugerah diberi

c/o
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Menerangi jalan suram
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca
Matlamat Nilam kita

Dunia indah sekali
Pasti lebih berseri
Amalan membaca
Menjana minda bestari
(ulang Chorus)
Amalan membaca
Menjana minda bestari
NILAM










Mutiara Kata :

Jadilah seperti kerengga ini.
Melangkah ke depan walaupun banyak halangan perlu ditempuh
.
Hujan atau panas tidak dihiraukan demi mencapai matlamat hidupnya.