Tuesday, June 29, 2010

PSS-SUMBER TRANSFORMASI PENDIDIKAN



Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk individu dan kumpulan. PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan. PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis, menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin atau bersendirian. PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan.


Objektif Pusat Sumber Sekolah
· Kecemerlangan pendidikan
· Penggunaan kemudahan untuk para pelajar
· Pemupukan tabiat belajar dan membaca di kalangan para pelajar dengan persekitaran yang harmoni
· Penghasilan bahan daripada sumber yang pelbagai
· Perkhidmatan pembelajaran dengan adanya teknologi moden
· Kemahiran maklumat


Fungsi Pusat Sumber
· Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
· Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran
· Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah
· Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi
· Menjadikan pusat sumber pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan
· Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran
· Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan kurikulum
· Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri
· Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat

No comments: