Wednesday, June 30, 2010

PERKHIDMATAN @ PSS_SMKN

PUSAT AKSES
Pusat akses ini menyediakan kemudahan mengakses internet. Mempunyai 10 buah komputer dan sebuah mesin pencetak untuk kegunaan pelajar dan guru-guru. Pusat akses ini boleh digunakan secara percuma kepada semua pelajar,guru-guru serta staf sokongan sekolah.

Penggunaan semasa P&P mestilah bersama guru mata pelajaran masa yang terlibat.Penggunaan mestilah direkodkan.Antara peraturan yang mesti dipatuhi adalah:
  • Dilarang membawa masuk makanan dan minuman di dalam pusat akses
  • Dilarang memakai kasut dan stoking ke dalam pusat akses
  • Pelajar tidak dibenarkan mengakses fail-fail orang lain
  • Pelajar mestilah meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum memasuki pusat akses


PENGUNAAN KOMPUTER DI PUSAT AKSES OLEH PARA PELAJAR




KEMUDAHAN MESIN PENCETAK DI PUSAT AKSES



CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PUSAT AKSES 2010


MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI PUSAT AKSES


CONTOH BUKU REKOD PENGGUNAAN KOMPUTER


GURU PUSAT AKSES BERSAMA PELAJAR



Bilik APD
Bilik ini boleh digunakan bagi sesi P&P.Penggunaan semasa P&P mestilah bersama guru mata pelajaran yang terlibat. Boleh memuatkan sehingga 30 – 40 pelajar dalam satu – satu masa. Tempahan perlulah dibuat beberapa hari sebelum menggunakan bilik ini.

Bilik APD ini mempunyai kemudahan seperti LCD, skrin, papan putih, rangkaian television Astro (Kampus Astro), sebuah computer untuk tujuan sesi pembelajaran dan penghawa dingin bagi keselesaan pelajar serta guru.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi pelajar ketika menggunakan bilik ini adalah:
· Dilarang membawa makanan dan minuman
· Dilarang membuang sampah merata-rata
· Pelajar dikehendaki menutup semula suis lampu, kipas, penghawa dingin dan alatan yang lain sebelum keluar
· Dilarang menconteng kemudahan yang disediakan seperti meja dan kerusi










Bilik Rujukan
Bilik rujukan ini juga boleh digunakan semasa sesi P&P dan pada waktu rehat. Untuk menggunakan bilik ini semasa sesi P&P, para pelajar haruslah bersama guru mata pelajaran yang terlibat.
Bilik ini boleh memuatkan bilangan pelajar sehingga 20 – 30 orang dalam satu – satu masa. Antara jenis – jenis bahan rujukan yang terdapat di dalam bilik ini ialah jurnal, bukurujukan PMR & SPM, kamus dan pelbagai lagi.






















Perpustakaaan
Para pelajar boleh mengunjungi perpustakaan pada waktu rehat untuk membaca buku, membuat pinjaman buku, pemulangan buku dan sebagainya. dalam perpustakaan ini juga mempunyai sudut – sudut ilmu seperti sudut warisan dan sudut karya.
Bagi pinjaman dan pemulangan buku, para pelajar perlulah menggunakan kad ahli mereka. Pengguna boleh meminjam 2 buah buku dalam satu masa dengan tempoh pinjaman selama seminggu. Semua bahan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Dewey.
Perpustakaan ini menyediakan beberapa ruang membaca yang selesa bagi pelajar yang mengunjungi perpustakaan. Selain bahan bacaan buku, terdapat juga bahan bacan lain seperti majalah dan surat khabar. Majalah – majalah yang disediakan adalah seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa,dan sebagainya.

















Kemudahan di Perpustakaan
Antara kemudahan yang terdapat di dalam perpustakaan adalah seperti coffee corner, komputer, radio dan lain – lain.
Coffee corner ialah tempat yang disediakan kepada pengawas pusat sumber bagi memudahkan mereka bertugas ketika waktu rehat. Komputer yang disediakan pula diletakkan di kaunter sirkulasi bagi tujuan pinjaman dan pemulangan buku dilakukan.



No comments: